BAHASA DAN KOMUNIKASI

Mengambil keputusan untuk ke tanah Arab ini, ketika dalam hati saya masih tidak begitu meminati Bahasa Arab kelihatan pelik. Tapi saya tahu, andai saya melepaskan peluang untuk menuntut ilmu dengan lebih baik hanya kerana Bahasa Arab, maka sayalah yang rugi. Rugi dengan ilmu agama, rugi dengan Bahasa Arab.
Pada hari ke dua, acik bersama seorang teman, Aisyah, membawa kami melawat Universiti Yarmouk. Kemudian ke balad, Irbid untuk membeli sedikit keperluan musim sejuk yang masih belum mencukupi.
Sedang saya asyik membelek-belek longgokan pakaian musta'mal itu, tiba-tiba seorang pemuda Arab berlari ke arah saya. Ingatkan ada apa, rupa-rupanya kerana sulaman di belakang jaket hitam Bakti Huffaz Darul Quran JAKIM 2010 yang saya pakai. "نحو جيل القرءان الفريد".
Dia bertanyakan pada saya apakah maksud الفريد tu? Adakah maksudnya
Sedang saya asyik membelek-belek longgokan pakaian musta'mal itu, tiba-tiba seorang pemuda Arab berlari ke arah saya. Ingatkan ada apa, rupa-rupanya kerana sulaman di belakang jaket hitam Bakti Huffaz Darul Quran JAKIM 2010 yang saya pakai. "نحو جيل القرءان الفريد".
Dia bertanyakan pada saya apakah maksud الفريد tu? Adakah maksudnya
satu? Saya kurang memahami apa yang dia fahami tentang الفريد tu tapi kerana masalah komunikasi, jenuhnya saya nak menerangkan maksudnya bukan satu tapi unik. Katanya ianya haram. Mujurlah ada Hazirah Isa, sahabat saya yang datang selepas itu. Beliau menerangkan maksudnya adalah special. Mungkin kerana tuan kedai itu memahami Bahasa Inggeris, beliau membantu kami untuk menerangkan kembali kepada pemuda tu..
Barulah beliau tersenyum puas, lalu mengucapan Barakallah sambil menunjukkan insyarat thumbs up.
Barulah beliau tersenyum puas, lalu mengucapan Barakallah sambil menunjukkan insyarat thumbs up.
Juga, kreatiflah dalam memudahkan pemahaman mad'u. Kredit untuk Hazirah Isa ^^
LONELY~Duka keseorangan.. Saya tau itu yang dirasakan acik saya. Kerana itu kami ke sana. Semoga sedikit sebanyak dapat mengurangkan laranya.. Kurang tak acik? Ke sama je? huhu..
Acik saya dan seorang ikhwah, merasa keseorangan di tempat belajar masing-masing. Acik di Irbid, ikhwah itu di Mu'tah.
Juga salah seorang housemate kepada sahabat ikhwah di rumah yang kami kunjungi.
Juga salah seorang housemate kepada sahabat ikhwah di rumah yang kami kunjungi.
Pada hari kami mahu berangkat pulang, barulah kami dapat memahami isi hati mereka berdua. Gelagat kesedihan dan keberatan yang kelihatan darinya menyebabkan kami faham, bahawa beliau benar-benar bersedih. Begitu juga dengan acik saya. Saat sedang menunggu di bawah, kelopak matanya mula berkaca. Dia juga berat melepaskan kami pulang.
Saya juga mendapat tahu bahawa ikhwah yang memasak hidangan yang enak untuk jamuan hari itu pernah bekerja di Kuwait selama 6 bulan sebagai tukang masak demi mencari duit untuk menanggung pengajiannya di sini kerana beliau sudah tidak mem
punyai ibu bapa.

Sememangnya kita perlu akur, andai bukan sekarang, akan datang, pasti akan tiba waktu yang kita akan merasakan kita keseorangan. Mungkin tercampak oleh tempat belajar, tempat kerja, kehilangan insan tersayang dalam hidup dan pastinya dalam kubur kelak.
Maka saya amat berharap pada kalian, tabahlah mengharungi hidup ini. Pastinya kalian punyai kekuatan untuk merasakan hidup keseorangan, berbanding kami. Kerana itu Allah tempatkan kalian di situ. Kelak mungkin akan tiba giliran kami pula.. Be strong. Make new friends, a new life. Insya Allah it will be more beautiful than before..
MURAQIB
Ketika perjalanan pergi, kami bertemankan dua orang muraqib yang kebetulan juga mahu ke Irbid. Ketika pulang, seorang muraqib yang lain pula.
Sememangnya keperluan muraqib tidak dapat dinafikan apatah lagi apabila malam dan jauh. Walau seramai mana pun kami kaum hawa, ada sekurang-kurangnya seorang lelaki yang menemani amat penting apatah lagi dalam bab keselamatan. Di negara orang terutamanya.
Berbanyak terima kasih kepada ketiga-tiga muraqib kami. Maaf juga andai kami menyulitkan perjalanan kalian kerana terpaksa menjaga kami. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran yang lebih baik..
*****************************
Untuk akhirnya, ingin saya katakan, bukan semestinya saya berkongsi semua ini bermaksud saya amat memahami apa yang tersirat disebalik setiap ibrah yang saya perolehi. Boleh jadi kalian yang membaca dapat memahaminya dengan lebih baik. Maka semoga dengan itu kalian boleh memahamkan saya dengan lebih lagi.
Tak lupa juga, saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH kepada insan-insan yang banyak memberi kepada kami sepanjang tempoh berkenaan.

- Tuan rumah @ housemate acik dan acik ; for being very nice to us
- Acik dan Aisyah ; sudi membawa kami melihat-lihat bandar Irbid
- Tuan rumah, sahabat Ain Fatahah dan Ikhwah dari DQ ; atas hidangan yang lazat dan layanan yang baik
- Along Amalina dan Kak Asmaq ; sudi datang ke Irbid untuk bertemu kami.
- Ust Firdaus ; atas nasihat yang sangat banyak
- Muraqib ; sudi membantu kami
- Lain-lain yang tak tersebutkan ; maaf tak dapat sebut semua
Glosari
- Doktor : pensyarah. Semua pensyarah di Jordan dipanggil dengan gelaran doktor walaupun pangkatnya lebih tinggi
- Naqibah : gelaran di DQ bagi individu yang memimpin sesuatu usrah
- Ikhwah : saudara lelaki
- Muraqib : Di sini, kami di wajibkan untuk keluar bersama sekurang-kurangnya seorang ikhwah ketika waktu malam atau apabila melalui perjalanan yang jauh demi menjaga keselamatan. Yang meneman itu dipanggil muraqib
- Ibrah : pengajaran
- Thaqafah : ilmu
- Taklifat : tanggungjawab atau amanah
- Balad : pekan atau bandar yang menjual banyak barang
- Musta'mal : telah di gunakan. Second hand la kiranya.... Murah sikit harganya..
thumbs up!
ReplyDeletefemes sy nnti.. mlu i~
ceh... awak mmg dah fames pun dlm ni..
ReplyDeleteterbaik!
ReplyDeletesaya pulak yang tersentuh baca entri ni..
semoga kamu semua dimudahkan segala urusan oleh Allah..dan bila ada kesusahan itu tandnya DIA amat2 menyayangi kita..Kerana DIA kenal dan tahu siapa kita!
~uda suhaili~
yela uda suhaili.. :)
ReplyDeleteterima kasih banyak..
awak doakan kitorg kat cni ye..
hiburkan dan beri semangat pd acik ye. ^^
ngee,,tacing la i bace,,
ReplyDelete:)
ReplyDelete