Monday, October 31, 2011

Dulu Aku, Kini Kamu ; Senyumlah Wahai Sayangku..


DEDIKASI BUAT SAHABAT TERCINTA YANG SEDANG BERTARUNG DENGAN UJIAN KESAKITAN

Bersabarlah sayangku,
Ku mengerti derita dipundakmu itu,
Kerana ku juga pernah berada di situ,
Atau mungkin juga sama sekali tidak,
Barangkali apa yang kau rasai jauh lebih berat.

Sayangku,
Ku tahu, saat derita di fizikalmu itu bertandang,
Pastinya wajah-wajah insan tersayang melingkari mindamu,
Ibu, ayah, adik beradik dan kawan-kawan,
"Andai kalian tahu dan mengerti derita ini.."


Sunday, October 16, 2011

Kembali Lagi. Hamdalillah..



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sekali lagi. Bertemu kembali, bertaut lagi. Bertambah bahkan. Alhamdulillah.

Baru sebulan di bumi anbiya', tugas mendatangi lagi. Samada melalui jalan yang sama atau tidak, tetap saja kita khalifah di muka bumi.

Berjuang untuk agama adalah tugas seumur hidup. Hanya sahaja kita sedar atau tidak. Mahu atau tak mau. Bak kata ustaz Pahrol Mat Joi :

"Dunia dicipta untuk manusia tetapi manusia dicipta untuk akhirat"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...