
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Sekali lagi. Bertemu kembali, bertaut lagi. Bertambah bahkan. Alhamdulillah.
Baru sebulan di bumi anbiya', tugas mendatangi lagi. Samada melalui jalan yang sama atau tidak, tetap saja kita khalifah di muka bumi.
Berjuang untuk agama adalah tugas seumur hidup. Hanya sahaja kita sedar atau tidak. Mahu atau tak mau. Bak kata ustaz Pahrol Mat Joi :

13 Sept lalu, saya dan rakan-rakan melawat makam syuhada' Perang Mu'tah. Duduk bersama-sama menghayati antara peperangan yang terbesar dalam sejarah Islam sebelum melawat makam 3 orang sahabat yang terkenal dengan hadith Rasulluah s.a.w:
"Sekiranya Zaid terbunuh maka Ja'far, sekiranya Ja'far Bin Abi Talib terbunuh maka Abdullah Bin Rawahah"

Makam Zaid Bin Harithah
Rasulluah s.a.w telah melantik anak angkatnya sendiri, Zaid sebagai panglima peperangan Mu'tah. Sekiranya syahid maka digantikan dengan Ja'far Bin Abi Talib yang merupakan sepupu baginda. Kehebatan beliau berjuang dalam perang ini merintis gelaran 'Ja'far At Tayar' buat beliau. Seterusnya sekiranya syahid Ja'far maka digantikanlah dengan Abdullah Bin Rawahah.
Makam Ja'far At Tayyar
Dalam hati kita adakalnya terdetik rasa putus asa. Adakala ketakutan. Mungkin juga ragu-ragu. Sesekali rasa 'cukuplah'. Namun mainan hati jangan terlalu dilayan. Syaitan sememangnya sangat suka sekiranya hati anak Adam leka dari terus thabat.
Abdullah Bin Rawahah juga pernah merasakan itu dalam hatinya seketika cuma, saat tangannya cedera teruk. Namun segera beliau berkata kepada dirinya :
"Wahai hati, apa yang masih kamu ragukan, apa yang menyebabkan kamuu ragu-ragu? Isterikah? Ia sudah saya talak tiga. Atau hamba sahaya yang kamu miliki? Semuanya telah saya merdekakan. Ataukah kebun? Itu pun telah saya korbankan di jalan Allah."

Setelah itu beliau membaca syair berikut :
"Wahai hati, kamu harus turun meskipun dengan senang hati, ataupun dengan berat hati. Kamu telah hidup dengan ketenangan berapa lama. Berfikirlah, pada hakikatnya, kamu bersasal dari setitis air mani. Lihatlah orang-orang kafir telah menyerang orang-orang Islam. Apakah kamu tidak menyukai syurga jika kamu tidak mati sekarang suatu saat nanti. Akhirnya kamu akan mati juga."
Kerana itu, menurut cerita, makamnya terletak sedikit jauh daripada makam Zaid Bin Harith dan Ja'far Bin Abi Talib. Namun bukan bermaksud kita harus merendahkan darjat beliau kerana beliau adalah syuhada' perang Mu'tah, sebuah peperangan yang besar dalam sejarah Islam.

Makam Abdullah Bin Rawahah
Imam Ibnu Kathir Rahimahullah mengungkapkan ketakjubannya terhadap kekuasaan Allah Azza wa Jalla melalui hasil peperangan yang berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin dengan berkata :
"Ini kejadian yang menakjubkan sekali. Dua pasukan bertarung, saling bermusuhan dalam agama. Pihak pertama pasukan yang berjuang dijalan Allah Azza wa Jalla, dengan kekuatan 3000 orang. Dan pihak lainnya, pasukan kafir yang berjumlah 200 ribu pasukan. 100 ribu orang dari Romawi dan 100 ribu orang dari Nashara Arab. Mereka saling bertarung dan menyerang. Meski demikian sengitnya, hanya 12 orang yang terbunuh dari pasukan kaum Muslimin. Padahal, jumlah korban tewas dari kau musyrikin sangat banyak "
Alhamdulillah noktah untuk bab ini telah ditemui bagi perjalanan saya di sini.
MAMPUKAH TERUS TETAP MELANGKAH?

Tapi dalam bab seterusnya mampukah saya terus thabat? Wallhu'alam. Pastinya saya sendiri tidak tahu bagaimana saya akan datang. Saya harap begitu dan semoga benar-benar begitu. Doakan saya terus menerus. Bukan kerana ukhuwwah semata tapi kerana kefahaman. Saya tahu jikalau kerana ukhuwwah, ianya tak kan bertahan setelah saya berpisah dengan mereka yang saya sayang.
Moga ianya kerana cinta kepada Allah, cinta akan RasulNya, cinta pada agamaNya. Biar di mana juga saya bertebaran, saya tetap juga mampu melaksanakan tugas saya tanpa dipinta sesiapa. Moga,moga. Doakan saya.
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك
Ihdinassirotol mustaqim..
ReplyDelete