Thursday, June 30, 2011

Nak Pergi Nak Pergi...

Dah lama sangat tak post baru.. Kawan-kawan pun dah bising.. maaf ye.. Agak busy dengan kerja SMUTEM dan masuk wad lagi, for the third time.. (alasan semata..)



Baru-baru ni saya mengalami Jejak Kasih yang mengimbau memori usia muda.. Satunya di Unit Fisioterapi, PUSRAWI. Takku sangka, rupa-rupanya
student practical yang merawatku adalah rakan sekelasku sendiri semasa darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selasih..
Satu lagi jejak kasih saya ialah dengan dua pupu saya, Kak Nurul yang sudah lama merantau ke luar negara. Dulu kami sama-sama bersekolah di Sek Ren Islam Al-Abqari,
private school. Tapi suatu hari, dia dan keluarganya berpindah ke Arab Saudi atas tuntutan kerja bapanya hinggalah hari ini. Sekarang Kak Nurul sedang melanjutkan pengajian di Perth, Australia.


Yang menariknya, abangnya yang telah menamatkan pengajian di
United States telah bekerja di sana sekarang dan adik Kak 
 Nurul, yang merupakan classmate saya dulu sedang menuntut di United Kingdom. Bak kata abi saya "International Family".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...