Sunday, June 3, 2012

Makna Pulang Untuk Saya

Baru selesai mengemas bagasi. Banyak juga barang yang mahu di bawa pulang. Cenderahati untuk ahli keluarga semestinya. ^^

Cek semua dokumen yang perlu dibawa pulang.

X-ray. Owh, paling penting. Itu makna kepulangan kali ni.

Surat doktor. Medical Report. Buka dan baca. Sudah lebih setahun.

Hati jadi diam. Ada rasa lemah di situ.


Apa makna pulang untuk kita?

Ada yang pulang untuk melepaskan rindu kepada keluarga, ada pula yang mahu 'mendirikan' keluarga.
Ada yang mahu memperaktikkan ilmu, ada yang mahu bersuka-suka.
Ada yang punya masalah keluarga, ada yang punya urusan menyelamatkan negara.

Begitulah kepelbagaian. Lain orang, lain sebab.



Apa makna pulang untuk saya?

Pulang untuk saya, membungkam hati.

Pulang ertinya untuk saya adalah hospital.

Itu sahaja tujuan utama saya.

Biar panjang mana jua saya rancangkan kepulangan ini, semuanya ditentukan oleh asbab utama ini.

Saya, cukup cemburukan kawan-kawan yang mampu bergerak ke sana ke mari, menentukan rancangan kehidupan sendiri.


Aktif + Nakal




Tadi senja saya terima gambar ini. Senyuman terukir.

Senyuman kerana syukur. Masih ada insan yang memandang saya adalah insan yang sama biar secara fizikalnya saya bukan lagi orang yang sama.

Aktif dengan limitasi. Bukan seaktif pelatih taekwando atau pelatih PLKN yang dahulu itu.

Antara ketakutan yang melanda benak diri ialah takut dipandang lemah atau menyusahkan.

Ternyata, kelainan Upaya lebih sedap didengar berbanding Kurang Upaya.

Alhamdulillah, saya berpeluang mengerti rasa mereka.

Alhamdulillah juga saya masih mampu aktif.

Sebenarnya lebih banyak kemampuan untuk aktif daripada lemah. (Bajet lemah pulak..)


Kenapa?

Kenapa sedih bila ingat sebab balik?

Takutkah saya pada hospital? Seramkah pada pembedahan?

Oh tidak tidak. Sudah tiga kali saya masuk bilik pembedahan. Tiada ketakutan setakat ini. Barangkali kerana tidak melibatkan nyawa, maka saya tenang seperti biasa.


Makanya kenapa?

Ceritanya panjang dan berbelit.

Tiada satu pun yang saya boleh sahihkan melainkan dengan langkah seterusnya.

Melangkah bermakna berjuang.

Makna pulang ini, penentuan yang besar.

Berjuang bukan hanya untuk diri tetapi barangkali lebih dari itu.

Andai sehingga sejauh itu, saya mohon doa.

Semoga saya kuat

dan semoga makna pulang kali ini, penuh makna.

Untuk saya dan untuk mereka yang tidak saya kenali..

(Itu pun jika saya berani)

Amin.

Tuesday, May 8, 2012

Earlier

For Love..



One

A boy was discovered to suffer Spinocerebellar Degeneration Disease by his doctor. Because he was too small in age, the parents together with the doctor decided to hide the bitter fact from him until the time is up.


Two

A mother had already in her third stage of cancer. But she only let her beloved children to know that she only in the first stage. Why? To not letting them in fear of loosing their mother too fast when they were not yet ready.


Third

A friend wants to make a surprise to her best friend. She keep silence the fact that she had already plan to get married.

Wednesday, April 4, 2012

Same Way, Different Path

Same way, different path


Unlike You and Unlike Them

I don't understand what do they got,
Nor what they believe,
Far from what they see.


Unlike You and Unlike Them

I wonder how could you smile and smile,
Hiding the pain, letting people to be happy,
While inside, you were hurt badly.


Unlike You and Unlike Them

I am curious how can they have that courage,
Even when the body can't even move,
To keeps go and go, pretending as if nothing's wrong.


Just like you, Just like them,
I truly know the answer.

However,
I am not them and I am not you,
Unlike you and unlike them,

I am who I am

Another mankind,
Same way,
Different path.

Shin | 0:37 | 040412

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...