 |
| Tiada kepastian. Makin jalan makin kelam.. |
Ujian. Tidak di namakan ujian andai kita tak merasa sakit dengan ujian yang kita hadapi, bukan?
Penghujung
November 2010, saya jatuh.
Januari 2011, saya sakit yang teramat. Doktor pakar menyarankan pembedahan.
Mac 2011, saya jalani pembedahan untuk
membetulkan kedudukan tempurung lutut atau patella.
Selepas pembedahan, kaki menghadapi masalah
stiffness atau tak boleh membengkok.
Mei 2011, saya menjalani pembedahan untuk membetulkan alligmnet.
Jun 2011, saya menjalani
MUA untuk memaksa kaki saya membengkok.
September 2011, saya terbang ke Jordan.
Sekitar
Disember 2011, saya rasa kembali normal.
Awal Mac 2012 saya sakit kembali. Atau mungkin bukan 'kembali' tapi paling sakit yang pernah saya rasakan.
Bertemu doktor pakar di sini dan katanya "I personally think that you don't need to do this operation.." "If the same symptom happen again, so the operation didn't help" "we will make the MRI first, then we'll talk"
 |
| Magnetic resonance imaging (MRI) |
Selama lebih setahun itu, saya boleh bilang berapa kali sahaja air mata tumpah kerana sakit atau sedih. Harapan sembuh di penghujung membuat saya tenang dan menjalani kehidupan seakan tiada yang berubah.
Tapi, dengan kata-kata dari doktor baru ni, menyebabkan pecahnya empangan air mata saya. Saya rasakan segala susah payah, tenang dan harapan hanyalah pada sesuatu yang mempermainkan saya selama ini.
Pernah dulu saya tertanya-tanya pada diri saya, "ujiankah semua ni bila aku tetap mampu tersenyum dan bertenang macam biasa? Atau sebenarnya aku dah berjaya melalui semua ni? Atau aku sebenarnya belum di uji?"
Mungkin jawapannya adalah
sebenarnya saya belum diuji.. Dan sakit dan perkhabaran yang terbaru ini adalah sebenar-benar ujian tatkala tiada apa lagi yang mampu menenangkan saya. Walaupun pelbagai motivasi dan semangat yang diberikan insan sekelililng, saya tetap terus menangis.
Mungkin inilah ujian. Dan mungkin saya telah kalah dari awal sedangkan MRI hanya akan dibuat pada penghujung Mac ni.. Tapi dengan semua ini, saya sudah tak mampu berharap untuk apa-apa.. Berharap hanya akan menambah luka dan duka.... I'm just a lady and too young for this, isn't?